Image Banner

AKTIVITI MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH (RIS SEMENYIH)

Setelah bertahun-tahun menyepi dari sebarang aktiviti 'berlari', kini kami meneruskan langkah dengan mengadakan aktiviti larian merentas desa peringkat sekolah (RIS Cawangan Semenyih). Walaupun penat tak terperi, tapi semua tersenyum tanda puas hati.

Pelbagai reaksi yang dapat dilihat, dan tidak dinafikan ramai dalam kalangan peserta yang baru pertama kali mengikuti aktiviti sebegini, namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka sangat luar biasa yang patut kita kagumi.

Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa² akan datang. Sihat 'aqli', sihat 'jismi'!

MORE

JAUHI PRASANGKA DAN MENCARI AIB ORANG

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Sahih Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang beriman dilarang berprasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti dan akan menjadi dosa besar.

2. Ibnu Sirin berkata: “Jika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya. Jika kamu tidak mendapati uzur maka katakan, barangkali dia memiliki uzur yang aku tidak mengetahuinya.

3. Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita dengan cara mencegah atau menasihat secara hikmah mengikut kemampuan, bukan dengan cara maki hamun.

4. Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. Lebih-lebih lagi isu atau kelemahan itu ditulis dan ditularkan di media elektronik seperti FB, Whatsapp, telegram dan sebagainya hingga mengaibkan peribadi seseorang.

5. Setiap kita juga dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci. Raikanlah perbezaan yang ada pada kita dengan saling bermaafan.

6. Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.

Menjaga persaudaraan itu wajib seperti wajibnya solat dan puasa dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan dan aib orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia dari melakukan maksiat.

Sumber : Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

MORE

CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Dunia pendidikan kini semakin mencabar dan kompleks. Sebarang perubahan dan perancangan perlu bersifat mudah ubah. Perubahan mendadak menginginkan para pendidik untuk lebih kreatif dan inovatif dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para pendidikan dan murid-murid dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian seperti kebolehcapaian internet, pengurusan emosi dan penilaian secara holistik.

Kebolehcapaian internet menjadi salah satu perkara penting dalam mengendalikan kelas atas talian. Usaha mengenalpasti tahap kebolehcapaian internet bagi setiap murid di dalam kelas dapat membantu guru dalam menentukan kaedah bersesuaian bagi membolehkan kelas atas talian dapat dijalankan dengan baik. Di Raudhah Islamic School, pihak pengurusan telah berusaha membekalkan capaian internet yang baik kepada guru-guru agar mereka boleh menjalankan kelas atas talian tanpa sebarang gangguan internet. Antara kaedah yang kami lakukan adalah membekalkan Modem internet kegunaan sesi Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) mereka.

Cabaran kedua pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah pengurusan emosi. Peringkat awal pelaksanaan PKP seakan memberikan ‘rahmat’ kepada pelajar kerana tidak perlu hadir ke sekolah dan menjalani aktiviti PdP harian. Namun setelah PKP terus dilanjutkan, mereka mula merasa bosan kerana terlalu lama berkurung di dalam kediaman masing-masing. Murid juga tidak dapat bertemu rakan sebaya, bermain dan berbual dengan sahabat karib di sekolah ataupun menjalani aktiviti ko-kurikulum. Inilah yang mengakibatkan emosi murid mulai mengalami ketidakstabilan emosi. Di Raudhah Islamic School, kami cuba membantu menstabilkan emosi murid-murid melalui pelbagai aktiviti menarik sepanjang PdPR berlangsung. Murid-murid bukan sahaja semata-mata belajar, mereka turut diberi tugasan berbentuk hiburan, nyanyian, kuiz yang menghiburkan dan sebagainya bersama rakan-rakan secara atas talian.

Cabaran yang ketiga pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini adalah pentaksiran holistik. Persoalan timbul apabila bagaimana pentaksiran dapat dijalankan bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kaedah pentaksiran berasaskan projek yang boleh dilaksanakan bersama keluarga, kajian kes, ulasan artikel, menjalankan eksperimen dan merekabentuk poster mampu memenuhi keperluan komponen pembentukan intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Ini secara tidak langsung memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Di Raudhah Islamic School, kami masih meneruskan peperiksaan seperti biasa dimana kertas soalan di edar atau di pos kepada setiap murid dan dijawab ketika sesi atas talian. Bagi kami, peperiksaan amat penting bagi mengukur prestasi pembelajaran murid-murid.

Tidak dinafikan, semua institusi pendidikan sama ada kerajaan atau swasta terkesan dalam melaksanakan sesi PdP bersama murid-murid akibat Pelaksanaan PKP ini. Namun sebagai pendidik, kita tidak boleh jadikan itu sebagai alasan dan haruslah melaksanakan dengan apa cara sekalipun agar proses ilmu itu terus berjalan.

Untuk ibu bapa yang mencari sesi persekolahan pada sesi 2022, kami mengalu-alukan ibu bapa untuk bertanya lanjut tentang Raudhah Islamic School agar dapat menjadi pilihan tuan-puan untuk pusat pembelajaran anak-anak anda.

Raudhah Islamic School Putrajaya
88, Jalan Diplomatik P15,
Presint 15, 62050 Putrajaya
No. Tel : 016-253 2600
Email : adminrisputrajaya@raudhah.edu.my
Website : www.raudhahputra.edu.my

#intakeris2022 #seeyounextyear2022 #raudhahislamicschool

MORE

KISAH KERETA API DI JEPUN UNTUK SEORANG PENUMPANG!

Di negara Jepun, terdapat sebuah stesen keretapi bernama Kyu-Shirataki.

Apa yang menarik tentang stesen keretapi Kyu-Shirataki ini adalah pihak pemaju ingin menutup stesen keretapi ini. Hal ini kerana pihak pemaju melihat sudah banyak stesen baru dibina sepanjang laluan yang sama.

Kyu-Shirataki adalah stesen yang lama. Namun, setelah diteliti, pihak pemaju akhirnya terperasan akan kelibat seorang budak sekolah perempuan yang menaiki keretapi di stesen itu setiap hari untuk pergi ke sekolah. Akhirnya, pemaju bersetuju untuk menangguhkan penutupan stesen itu sehinggalah budak perempuan itu tamat sekolah. Apa yang menarik adalah tiada sesiapa pun yang menunggu keretapi di stesen itu melainkan budak perempuan itu seorang sahaja. Sesuai dengan janjinya, akhirnya pada tahun 2015, budak perempuan itu tamat sekolah, stesen Kyu-Shirataki pun ditutup.

Dipendekkan cerita, stesen keretapi ini ditangguhkan penutupannya hanyalah kerana seorang budak sekolah itu sahaja. Apabila pemaju itu disoal berkaitan kerugian kerana stesen itu kerana hanya beroperasi untuk seorang penumpang sahaja, pemaju itu menjawab, negara Jepun akan lebih rugi jika budak itu tidak pergi ke sekolah untuk mendapatkan ilmu.

Apa yang kita pelajari daripada peristiwa ini? Negara Jepun sangat mementingkan rakyatnya berilmu pengetahuan kerana ianya adalah pemangkin kepada kemajuannya pada masa akan datang.

Begitulah juga generasi kita & tambahan lagi kita sebagai Islam memang ditekankan supaya menjadi insan yang berilmu. Tanpa ilmu, masyarakat akan hidup dalam kemunduran di samping akan menyebabkan keruntuhan moral yang berleluasa.

Kami di Raudhah Islamic School juga cukup komited mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Melalui konsep pembelajaran integrasi iaitu pengajian KAFA (Akhirat) dan KPM (Dunia), kami berusaha untuk memastikan anak anda berjaya di kedua-duanya.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut :

Raudhah Islamic School Kajang (HQ)
No. 3-1 Jalan Putra 4,
Taman Putra kajang 43000
Kajang Selangor
No. Tel : 016-424 2600
Email : adminrisputrakajang@raudhah.edu.my
Website : www.raudhah.edu.my

Raudhah Islamic School Semenyih
No. 23, Jalan Vista Valley,
43500 Semenyih, Selangor
No. Tel : 012-269 2600
Email : adminrissemenyih@raudhah.edu.my
Website : www.raudhahsemenyih.edu.my

Raudhah Islamic School Putrajaya
88, Jalan Diplomatik P15,
Presint 15, 62050 Putrajaya
No. Tel : 016-253 2600
Email : adminrisputrajaya@raudhah.edu.my
Website : www.raudhahputra.edu.my

MORE

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Apakah kelebihan menuntut ilmu? Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak.
Selain itu, Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya yang bermaksud "Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
[al-Mujadalah:11]
Berdasarkan firman Allah SWT ini, ia menunjukkan akan wujudnya ganjaran di akhirat dan karamah (kemuliaan) di dunia. Maka dengan itu, diangkat orang yang beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang alim daripada orang yang bukan alim. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam golongan orang yang berilmu supaya Allah
akan mengangkat darjat bagi orang - orang yang berilmu.
Raudhah Islamic School adalah sebuah sekolah Integrasi di mana sekolah ini menyediakan sistem pendidikan akademik & kafa di mana mengikut sukatan KPM dan JAIS. Sekolah ini juga mempunyai fasiliti yang selesa dimana setiap kelas mempunyai penghawa dingin di tambah pula pada musim wabak covid-19 ini setiap kelas hanya dihadkan kepada 20 orang murid sahaja dalam setiap kelas.
Tenaga pengajar yang yang mendidik anak-anak murid dengan penuh dedikasi & memberikan yang terbaik untuk anak-anak murid dalam setiap pelajaran. Bagi ibu bapa yang masih mencari sekolah untuk anak-anak mendapatkan ilmu, ibubapa boleh mendaftarkan anak-anak di Raudhah Islamic School.
Pendaftaran untuk 2022 kini dibuka
Jom daftar ke Raudhah Islamic School cawangan Semenyih
Hubungi segera di talian :
KLIK DISINI UNTUK WHATSAP

#raudhahislamicschool #intakeris2022 #seeyounextyear2022 #rissemenyih

MORE

JOM BELAJAR DI RAUDHAH

Assalamualaikum dan selamat pagi . Mesti ada yang tertanya-tanya kan. Ini sekolah apa ni 🤔
Nak tahu? Okay jom luangkan masa 1 minit untuk baca. 11🕧🕐🕜
✅ Raudhah islamic school adalah sebuah sekolah rendah islam integrasi, yang mana muridnya berumur 7 tahun hingga 12 tahun. ( Tahun 1 hingga 6)
✅ Apa yang best?
ibu bapa di luar sana tak perlu fikir dah nak transit anak dari sekolah kebangsaan ke skolah kafa petang, sebab di RIS semua lengkap.. akademik mengikut sukatan KPM, manakala subjek kafa mengikut silabus dari JAIS. 😃
✅ kelebihan?
sesuai sangan untuk ibu yang bekerja jauh ataupun dekat, sebab di RIS ibu bapa boleh hantar anak2 seawal pkul 6.30 pagi dan pickup selewatnya pkul 6 petang. Mudah kan ? 😁😁
✅Fasiliti pulak?
Haaa.. ni yang best.. pertama skolah ni ada lift tau 😉. Kedua, setiap kelas dlengkapi dengan aircond dan kipas. Bukan sahaja kelas, setiap penjuru termasuk surau,dewan dan perpustakaan dipasang aircond. Selesa kan? 😘😘
Ketiga, loker/meja yg direka khas utk murid2,
Mereka tak perlu nk angkut beg berat tiap2 hari, sbb buku mereka boleh disimpan di sekolah. Kesian anak2 tuan/puan kalau kena angkut buku hari2 😑
✅ Yuran macamana ya?? ..
sangat2 berpatutan.. Dengan dua2 sukatan akademik dan kafa disediakan. Tambahan dengan fasiliti yang begitu selesa. Bukan tu sahaja, makan pula diberi 4 kali sehari, dari awal pagi sampai petang. HANYA RM550 sebulan..
Eh jap.. ini bukan berpatutan, ini memang murah dah.. 🤭
✅ Tak puas tgok gambar yang disediakan??
Komen je "nak gambar lagi" .. nnt saya spam dkat ruangan komen. Bukan takat gambar, video pon boleh 😘😘
Apa tunggu lagi, jom hubungi kami di sini

MORE

ADAB DALAM MENUNTUT ILMU

Adab adalah sangat penting dan lebih diutamakan sebelum kita mempelajari sesuatu ilmu. Tiada gunanya jika seseorang itu memiliki Ilmu yang hebat dan tinggi, tetapi tidak memiliki adab dan akhlak yang baik sesama manusia. Malah bukan itu sahaja, Ilmu sesorang itu akan menjadi sia-sia sekiranya ia sedikitpun tidak memberi kesan ke atas pribadi dan tingkah lakunya. Ilmu dan adab itu sebenarnya tidak boleh dipisahkan dan ia hendaklah saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Semakin tinggi ilmu seseorang itu, maka semakin tinggilah adab dan akhlaknya kepada orang lain. Bukan setakat itu sahaja, semakin tinggi adab dan akhlaknya pula, maka semakin tinggilah darjatnya di Hari Akhirat nanti berbanding dengan mereka yang hanya memiliki ilmu agama tetapi buruk adabnya.
Ulama terkenal iaitu Abdullah bin Al-Mubarak rahimullah pernah mengatakan:
“Kita dengan (mempelajari walau) sedikit ilmu adab itu lebih diperlukan (diutamakan) dari hanya memperbanyakkan ilmu (agama).”
Selain itu, Imam Malik bin Anas pula (guru kepada Imam Syafie) pernah menasihati seorang lelaki dari bangsa Quraisy dengan kata beliau yang cukup menarik iaitu:
”Wahai anak saudaraku, belajarlah (ilmu) adab sebelum kamu mempelajari ilmu (agama).”
Oleh yang demikian, marilah kita mengambil berat serta menitik beratkan soal adab dalam mempelajari ilmu, mahupun mengajarkannya kepada orang lain. Ini adalah kerana orang yang tinggi adabnya kepada orang lain, walaupun tidak mempunyai ilmu yang banyak, lebih baik dan mulia berbanding orang yang mempunyai banyak ilmu tetapi kurangnya adab.
Di RIS,guru2 sangat menitikberatkan tentang adab kepada semua anak murid yg bermula dari tahun 1 sehingga tahun 6. Oleh itu, jika ibu bapa ingin mendaftar anak-anak untuk sesi 2022, bolehlah mendaftarkan anak dan insya Allah anak-anak akan merasai pengalaman mempelajari adab dan ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan dalam kehidupan seharian.
? Ibu bapa yang ingin kan anak-anak mendapat pendidikan akademik & kafa, boleh daftar di Raudhah Islamic School 🌹

MORE

Image News

Image Banner