:
HEADMASTER
Share:


 Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar-Raudhah Semenyih atau lebih dikenali sebagai (RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL) telah ditubuhkan pada tahun 2019 di jalan Vista Valley, Semenyih. Dahulunya Raudhah Islamic School (RIS) hanya mempunyai 1 cawangan iaitu di Putrakajang yang juga merupakan HQ untuk RIS bagi semua cawangan yang ada termasuk RIS Putrajaya.

RIS  merupakan sebuah institusi pendidikan rendah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor(JAIS) di bawah kategori sekolah integrasi swasta. Walaupun ianya dikategorikan sebagai sebuah sekolah swasta, namun operasinya bukan berasaskan keuntungan semata. Dengan menggunakan Kurikulum Bersepadu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum  Rendah Agama Selangor (KAFA) serta pembangunan sahsiah diri untuk murid-murid sesua dengan moto sekolah "Sahsiah syumul, tarbiyah unggul" bagi melahirkan murid-murid generasi Ulul-Albab  yang mengamalkan konsep zikir dan fikir, seperi firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran :

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايَٰتٍ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ (190)ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا (191) وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun beroperasi,  RIS Semenyih semakin mendapat sambutan oleh masyarakat Islam setempat terutamanya di mukim Semenyih. Jika dulu pada awal penubuhannya murid di RIS Semenyih hanya dalam lingkungan 50 orang, Namun dalam tempoh masa yang begitu singkat, RIS Semenyih telah menerima pendaftaran hampir 200 orang bagi sesi 2021.

Di Samping itu, antara tarikan yang menjadi pilihan ibu-bapa untuk menghantar anak-anak ke RIS Semenyih adalah kerana hasil sistem gabungan sukatan pelajaran akademik KSSR dari KPM dan juga sukatan kurikulum agama (KAFA) dari JAIS. Sesuai dengan pendekatan yang disarankan oleh Imam as-Syafie

     مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ باِلعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ باِلعِلْمِ

“Barangsiapa yang inginkan dunia, maka hendaknya dengan ilmu. Dan barangsiapa yang menginginkan (kebahagiaan) akhirat, maka hendaknya dengan ilmu.

Tambahan pula, fasiliti yang disediakan di RIS Semenyih antara fasiliti yang terbaik di kalangan sekolah-sekolah integrasi di Selangor, khususnya di daerah Hulu Langat.InshaaAllah dengan fasiliti yang sedia ada, murid-murid dapat belajar dengan baik dan selesa.