https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1694396550.JPG

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-66 2023

9 SEPTEMBER 2023 - RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL, RAUDHAH SECONDARY SCHOOL & RAUDHAH MONTESSORI CENTRE TELAH MENGADAKAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-66 YANG BERLANGSUNG PENUH MERIAH DI PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN & PEMULIHAN (PLPP), BANGI. TEMA PAKAIAN BAGI SAMBUTAN INI ADALAH ETNIK MALAYSIA & PAKAIAN TERBAIK BERPELUANG MEMENANGI HADIAH BERUPAYA HAMPER & PIALA. PROGRAM INI CUKUP MERIAH JUGA KERANA MELIBATKAN KEHADIRAN IBU BAPA SEKALI DALAM ANGGARAN 300 ORANG KEHADIRAN SECARA KESELURUHANNYA.

 

PIHAK KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU BAPA & MURID YANG HADIR PADA PROGRAM KALI INI. INSHALLAH JUMPA LAGI PADA TAHUN HADAPAN!

MORE
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1660713976.JPG

AKTIVITI MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH (RIS SEMENYIH)

SETELAH BERTAHUN-TAHUN MENYEPI DARI SEBARANG AKTIVITI 'BERLARI', KINI KAMI MENERUSKAN LANGKAH DENGAN MENGADAKAN AKTIVITI LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH (RIS CAWANGAN SEMENYIH). WALAUPUN PENAT TAK TERPERI, TAPI SEMUA TERSENYUM TANDA PUAS HATI.

PELBAGAI REAKSI YANG DAPAT DILIHAT, DAN TIDAK DINAFIKAN RAMAI DALAM KALANGAN PESERTA YANG BARU PERTAMA KALI MENGIKUTI AKTIVITI SEBEGINI, NAMUN SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN OLEH MEREKA SANGAT LUAR BIASA YANG PATUT KITA KAGUMI.

SEMOGA AKTIVITI SEBEGINI DAPAT DITERUSKAN LAGI PADA MASA² AKAN DATANG. SIHAT 'AQLI', SIHAT 'JISMI'!

MORE
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1631158844.jpg

JAUHI PRASANGKA DAN MENCARI AIB ORANG

DARIPADA ABU HURAIRAH RA, NABI SAW BERSABDA: "JAUHILAH PRASANGKA BURUK, KERANA PRASANGKA BURUK ADALAH UCAPAN YANG PALING DUSTA, JANGANLAH KALIAN SALING MENDIAMKAN, JANGANLAH SUKA MENCARI-CARI ISU, SALING MENDENGKI, SALING MEMBELAKANGI, SERTA SALING MEMBENCI, TETAPI, JADILAH KALIAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG BERSAUDARA." (SAHIH BUKHARI NO: 5604) STATUS: HADIS SAHIH

PENGAJARAN:

1. ORANG BERIMAN DILARANG BERPRASANGKA BURUK KEPADA ORANG LAIN KERANA IA AKAN MENDORONG KEPADA PERBUATAN MENUDUH TANPA BUKTI DAN AKAN MENJADI DOSA BESAR.

2. IBNU SIRIN BERKATA: “JIKA SAMPAI KEPADAMU BERITA YANG TIDAK KAMU SUKAI TENTANG SAUDARAMU, MAKA CARILAH UZUR UNTUKNYA. JIKA KAMU TIDAK MENDAPATI UZUR MAKA KATAKAN, BARANGKALI DIA MEMILIKI UZUR YANG AKU TIDAK MENGETAHUINYA.

3. ISLAM MENYURUH AGAR TIDAK MENDIAMKAN DIRI JIKA KEMUNGKARAN BERLAKU DI HADAPAN KITA DENGAN CARA MENCEGAH ATAU MENASIHAT SECARA HIKMAH MENGIKUT KEMAMPUAN, BUKAN DENGAN CARA MAKI HAMUN.

4. MUSLIM DILARANG MENCARI-CARI ISU ATAU KELEMAHAN ORANG LAIN. LEBIH-LEBIH LAGI ISU ATAU KELEMAHAN ITU DITULIS DAN DITULARKAN DI MEDIA ELEKTRONIK SEPERTI FB, WHATSAPP, TELEGRAM DAN SEBAGAINYA HINGGA MENGAIBKAN PERIBADI SESEORANG.

5. SETIAP KITA JUGA DILARANG SALING MENDENGKI, SALING MEMBELAKANGI, SERTA SALING MEMBENCI. RAIKANLAH PERBEZAAN YANG ADA PADA KITA DENGAN SALING BERMAAFAN.

6. SETIAP MUSLIM DITUNTUT AGAR BERUSAHA MENJAGA TALI PERSAUDARAAN SESAMA MUSLIM.

MENJAGA PERSAUDARAAN ITU WAJIB SEPERTI WAJIBNYA SOLAT DAN PUASA DENGAN MENJAUHI SANGKA BURUK, TIDAK MENCARI KELEMAHAN DAN AIB ORANG LAIN, JANGAN BERDENGKI, ELAKKAN MEMBENCI, TIDAK MEMBELAKANGKAN ORANG LAIN DAN BANTU SAHABAT DENGAN MENCEGAH DIA DARI MELAKUKAN MAKSIAT.

SUMBER : PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA NEGERI JOHOR

MORE
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1628042883.jpg

ZIKIR MENGHINDAR MUSIBAH

PERKONGSIAN HADIS DARIPADA GURU RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL ;

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّات لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

DARIPADA UTHMAN BIN AFFAN BERKATA, AKU MENDENGAR NABI SAW BERSABDA: “SESIAPA YANG MEMBACA: DENGAN NAMA ALLAH YANG DENGAN NAMA-NYA, TIDAK ADA SATU PUN YANG DAPAT MEMBERI KEMUDARATAN DI BUMI MAHUPUN DI LANGIT, DIA-LAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI” SEBANYAK TIGA KALI, MAKA DIA TIDAK AKAN DITIMPA MUSIBAH YANG DATANG SECARA TIBA-TIBA SEHINGGA SUBUH. DAN BARANGSIAPA YANG MEMBACANYA KETIKA SUBUH SEBANYAK TIGA KALI, MAKA DIA TIDAK AKAN DITIMPA MUSIBAH YANG DATANG SECARA TIBA-TIBA SEHINGGA PETANG (MALAM).” (HR ABU DAUD NO: 5088) STATUS: HADIS HASAN

LESSON OF HADITH:

1. MUSLIM DITUNTUT MEMPERBANYAK DOA DAN ZIKIR DALAM SETIAP PERKARA.

2. ANTARA TUJUAN BERZIKIR DAN BERDOA IALAH UNTUK MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA MUSIBAH DAN KEROSAKAN.

3. ANTARA ZIKIR YANG DIAJAR OLEH NABI SAW:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

4. SESIAPA YANG MEMBACA ZIKIR INI SEBANYAK 3 KALI PADA WAKTU PAGI AKAN DIPELIHARA DARIPADA SEBARANG MUDARAT TERMASUK MUSIBAH SEPERTI PENYAKIT MERBAHAYA SEHINGGA KE PETANG. SESIAPA YANG MEMBACA SEBANYAK 3 KALI PADA WAKTU PETANG DIA AKAN TERPELIHARA SEHINGGA WAKTU PAGI.

MORE
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1627954090.jpg

BERKASIH SAYANG DI DUNIA MENDAPAT NAUNGAN DI PADANG MAHSYAR

PERKONGSIAN HADIS DARIPADA GURU RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

DARIPADA ABU HURAIRAH RA DIA BERKATA; RASULULLAH SAW BERSABDA: "SESUNGGUHNYA ALLAH TA'ALA BERFIRMAN PADA HARI KIAMAT KELAK: "MANA ORANG-ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA KEAGUNGAN-KU? HARI INI KU NAUNGI MEREKA, DI MANA TIDAK ADA NAUNGAN PADA HARI INI SELAIN NAUNGAN-KU." (SAHIH MUSLIM NO: 4655) STATUS: HADIS SAHIH

🦋LESSON OF HADITH :

1. SETIAP KITA AKAN BERTEMU ALLAH PADA HARI AKHIRAT UNTUK MENERIMA BALASAN DI ATAS SEGALA AMAL YANG DILAKUKAN SEMASA DI DUNIA.

2. SETIAP MANUSIA AKAN DIBANGKITKAN DAN MELALUI KESUSAHAN DAN KEPAYAHAN PADANG MAHSYAR KECUALI ORANG YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI ALLAH.

3. ANTARA ORANG YANG AKAN MENDAPAT NAUNGAN DAN PERLINDUNGAN DI PADANG MAHSYAR IALAH MEREKA YANG SALING MENCINTAI SESAMA MEREKA SEMASA DI DUNIA KERANA ALLAH.

SEMOGA KITA MENJADI SALAH SEORANG YANG MENDAPAT NAUNGAN DI HARI KIAMAT KERANA SALING CINTA MENCINTAI SESAMA MUSLIM SEMATA-MATA KERANA ALLAH SEMASA KITA HIDUP DI DUNIA INI.

MORE
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1627877840jpeg

BERSIFAT TERPUJI JAUHI SIFAT KEJI

عَنْ الحسين بن علي بن أبي طالب عن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ مَعَالِيَ الأُمُوِر وَأَشرَافَهَا وَيَكَرهُ سَفْسَافَهَا

DARIPADA HUSAIN BIN ‘ALI BIN ABI TALIB RA, BAHAWA NABI SAW BERSABDA : SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MENYUKAI PERKARA-PERKARA (AKHLAK DAN SIFAT) YANG TINGGI DAN MULIA DAN ALLAH SWT MEMBENCI PERKARA-PERKARA (AKHLAK BURUK) DAN KEJI ”. (HR THABARANI DALAM MU’JAM AL-KABIR, NO. HADITH : 2894) STATUS: HADIS SAHIH

PENGAJARAN HADIS:

1. SEBAGAI MUSLIM KITA DITUNTUT MEMILIKI AKHLAK TERPUJI DAN MULIA.

2. ALLAH MENGASIHI ORANG YANG MEMILIKI AKHLAK TERPUJI DAN MULIA SEPERTI SIFAT RAHMAH DAN KASIH SAYANG, BERTOLONG BANTU, BERLUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN DAN LAIN LAIN.

3. ALLAH BENCI ORANG YANG MEMILIKI AKHLAK BURUK DAN KEJI.

4. WAJIB BAGI KITA MENJAUHI AKHLAK BURUK DAN KEJI SEPERTI MENGUMPAT, MEMFITNAH, MENGADU DOMBA, BERMUSUH DAN SEBAGAINYA.

KESIMPULANYA MARILAH KITA SENTIASA BERUSAHA MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA SEMUA SIFAT-SIFAT YANG KEJI, DAN BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI SERTA MENAMBAH DENGAN SIFAT-SIFAT MULIA DARI TERPUJI.

MORE
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1627522553.jpg

ILMU ADALAH IBADAH

SABDA RASULULLAH SAW: “MENCARI ILMU ITU ADALAH WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM LELAKI MAHU PUN PEREMPUAN.”

MENGIBARATKAN ILMU SEBAGAI POHON, MANAKALA IBADAH BAGAIKAN BUAH KEPADA POHON BERKENAAN, ILMU SEBENARNYA MEMBENTUK JIWA INDIVIDU.

ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD: “ALLAH YANG MENCIPTAKAN TUJUH LANGIT DAN SEPERTI ITU PULA BUMI. PERINTAH ALLAH BERLAKU PADANYA, SUPAYA KAMU MENGETAHUI BAHAWASANYA ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU, DAN SESUNGGUHNYA ALLAH ILMU-NYA BENAR-BENAR MELIPUTI SEGALA SESUATU.”
(AL-THALAQ: 12)

OLEH ITU, “HIDUPLAH SEOLAH ENGKAU MATI BESOK. BELAJARLAH SEOLAH ENGKAU HIDUP SELAMANYA."

ANDA MENCARI SEKOLAH UNTUK SESI 2022?
JOM KENALI RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL UNTUK KAMI BANTU ANAK-ANAK ANDA MENIMBA ILMU. HUBUNGI ADMIN KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL KAJANG (HQ)
NO. 3-1 JALAN PUTRA 4,
TAMAN PUTRA KAJANG 43000
KAJANG SELANGOR
NO. TEL : 016-424 2600
EMAIL : ADMINRISPUTRAKAJANG@RAUDHAH.EDU.MY
WEBSITE : WWW.RAUDHAH.EDU.MY

RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL SEMENYIH
NO. 23, JALAN VISTA VALLEY,
43500 SEMENYIH, SELANGOR
NO. TEL : 012-269 2600
EMAIL : ADMINRISSEMENYIH@RAUDHAH.EDU.MY
WEBSITE : WWW.RAUDHAHSEMENYIH.EDU.MY

RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL PUTRAJAYA
88, JALAN DIPLOMATIK P15,
PRESINT 15, 62050 PUTRAJAYA
NO. TEL : 016-253 2600
EMAIL : ADMINRISPUTRAJAYA@RAUDHAH.EDU.MY
WEBSITE : WWW.RAUDHAHPUTRA.EDU.MY

#INTAKERIS2022 #SEEYOUNEXTYEAR2022 #RAUDHAHISLAMICSCHOOL

MORE

Page 1 of 2