Dunia pendidikan kini semakin mencabar dan kompleks. Sebarang perubahan dan perancangan perlu bersifat mudah ubah. Perubahan mendadak menginginkan para pendidik untuk lebih kreatif dan inovatif dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para pendidikan dan murid-murid dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian seperti kebolehcapaian internet, pengurusan emosi dan penilaian secara holistik.
Kebolehcapaian internet menjadi salah satu perkara penting dalam mengendalikan kelas atas talian. Usaha mengenalpasti tahap kebolehcapaian internet bagi setiap murid di dalam kelas dapat membantu guru dalam menentukan kaedah bersesuaian bagi membolehkan kelas atas talian dapat dijalankan dengan baik. Di Raudhah Islamic School, pihak pengurusan telah berusaha membekalkan capaian internet yang baik kepada guru-guru agar mereka boleh menjalankan kelas atas talian tanpa sebarang gangguan internet. Antara kaedah yang kami lakukan adalah membekalkan Modem internet kegunaan sesi Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) mereka.
Cabaran kedua pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah pengurusan emosi. Peringkat awal pelaksanaan PKP seakan memberikan ‘rahmat’ kepada pelajar kerana tidak perlu hadir ke sekolah dan menjalani aktiviti PdP harian. Namun setelah PKP terus dilanjutkan, mereka mula merasa bosan kerana terlalu lama berkurung di dalam kediaman masing-masing. Murid juga tidak dapat bertemu rakan sebaya, bermain dan berbual dengan sahabat karib di sekolah ataupun menjalani aktiviti ko-kurikulum. Inilah yang mengakibatkan emosi murid mulai mengalami ketidakstabilan emosi. Di Raudhah Islamic School, kami cuba membantu menstabilkan emosi murid-murid melalui pelbagai aktiviti menarik sepanjang PdPR berlangsung. Murid-murid bukan sahaja semata-mata belajar, mereka turut diberi tugasan berbentuk hiburan, nyanyian, kuiz yang menghiburkan dan sebagainya bersama rakan-rakan secara atas talian.
Cabaran yang ketiga pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini adalah pentaksiran holistik. Persoalan timbul apabila bagaimana pentaksiran dapat dijalankan bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kaedah pentaksiran berasaskan projek yang boleh dilaksanakan bersama keluarga, kajian kes, ulasan artikel, menjalankan eksperimen dan merekabentuk poster mampu memenuhi keperluan komponen pembentukan intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Ini secara tidak langsung memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Di Raudhah Islamic School, kami masih meneruskan peperiksaan seperti biasa dimana kertas soalan di edar atau di pos kepada setiap murid dan dijawab ketika sesi atas talian. Bagi kami, peperiksaan amat penting bagi mengukur prestasi pembelajaran murid-murid.
Tidak dinafikan, semua institusi pendidikan sama ada kerajaan atau swasta terkesan dalam melaksanakan sesi PdP bersama murid-murid akibat Pelaksanaan PKP ini. Namun sebagai pendidik, kita tidak boleh jadikan itu sebagai alasan dan haruslah melaksanakan dengan apa cara sekalipun agar proses ilmu itu terus berjalan.
Untuk ibu bapa yang mencari sesi persekolahan pada sesi 2022, kami mengalu-alukan ibu bapa untuk bertanya lanjut tentang Raudhah Islamic School agar dapat menjadi pilihan tuan-puan untuk pusat pembelajaran anak-anak anda.
Raudhah Islamic School Putrajaya
88, Jalan Diplomatik P15,
Presint 15, 62050 Putrajaya
No. Tel : 016-253 2600
Email : adminrisputrajaya@raudhah.edu.my
Website : www.raudhahputra.edu.my
#intakeris2022 #seeyounextyear2022 #raudhahislamicschool